Total Pageviews

Followers

Tuesday, 21 January 2014

Mati itu pasti! tidak akan dilewatkan walau sesaat...

Assalam sahabat2 semua..silent reader @ sebaliknya..semoga kita semua akan sentiasa di dalam lindungan Allah..
Bulan januari nih dah 2 orang sahabat yang telah dikenali sekian lama kembali dijemput Allah..Masing-masing adalah ibu kepada 2 orang anak yang masih kecil..ya Allah..sangat sebak bila dapat berita mengejutkan macamtu..both sudden death..kak pipah meninggal dalam tidur ketika mengandung lapan bulan..sepanjang mengenali arwah, arwah seorang yg sgt menyenangkan..baik budi pekerti, segalanya kenangan yang baik-baik sahaja yang ada dalam ingatan..moga Allah tempatkan engkau dikalangan solihin kak..alfatihah..

Harini pulak dapat berita junior sekolah maahad dulu meninggal..anak yg kedua masih menyusu badan..Allah allah..sedihnya..baru 7 bulan..masih mencari-cari si ibu..mohon diberi kekuatan buat mereka dan keluarga utk menempuhi ujian ini ya Allah..arwah yg aku kenali sbg atip seorang yg sgt ceria..tak ada sakit yg serious pun..cuma pening2, tetiba jatuh..terus koma. Doktor cakap pembuluh darah di kepala pecah..sungguh semua itu hanyalah asbab..yang pasti waktu ajal itu sudah mmg tertulis di Luh Mahfuz..
Kematian sememangnya mengajar untuk kita lebih menghargai kehidupan dan insan-insan yang disayangi..kematian juga mengigatkan kita betapa kita ini hanyalah hamba yg sgt sgt sgt lemah..kerdil,..tidak punya kekuatan apa pun untuk menidakkannya.. ya Allah..aku mohon di jadikan aku hamba yang lebih baik dari segala segi..jadikan aku seorang yang sentiasa patuh pada segala suruhanMu dan jadikan aku hamba yang sentiasa redha..

Buat kalian allahyarhamah Kak afifah dan atip..damailah kalian di sana..moga Syurga adalah milik abadi kalian..meninggal dunia ketika suami dan ibu masih hidup yang akan sentiasa redha dan mendoakan kalian..inshaaAllah pasti mudah urusan kalian di sana..
Al-fatihah

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2014 | sihat itu indah | Designed by Cik Bulat