Total Pageviews

Followers

Thursday, 19 December 2013

B-Complex by Shaklee- khasiat dan kelebihannya




B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 
Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebrang lelehan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.
Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.

Manfaat Utama:

~Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

~Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

~Membantu tumbesaran - Meggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

~Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

~Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus.

~Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat @ laut.

~Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

~Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

~Detoksifikasi - meredakan alahan

Bagaimana memilih B-Kompleks yg baik?

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama) 

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1,B2,B3 dan B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B-komples yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)


berminat utk dapatkan B-kompleks nih??
boleh PM sy ye
-rehah- 
012 469 6698

Sunday, 15 December 2013

Kecelaruan loghat yg di hadapi oleh Nur Farhani Nuha Bt Mohammad Fahmi :)


Salam semua..weekend nih mesti semua pon sibuk mengeluarkan diri dari rumah kan..aku ja yang dok dalam rumah weekend cenggini di sebabkan kesibukan Fahmi Khairall...x pa la..keluaq cari rezeki..selagi x buat maksiat aku redha kan..kalau buat maksiat sendiri mau ingat la...(kita jumpa kat akhirat nanti) kihkihkih- just joking abg..i love u more n more everyday :)) (iklan sat)

Harini aku xmau cerita pasal vitamin n segala makanan kesihatan yang aku makan..harini ak nak cerita pasal anak dara aku nih haaa.. Nur farhani nuha nama di beri..suka berangan budak nih..aku nak kena setting lain kepala n nak kena tarbiyah dia semula..banyak sangat tgk disney channel kot,..sampai terbawa2 dgn segala karakter princess by disney..huhu..salah aku la jugak kot sbb layan kan sgt..sob sob..semalam sebelom tdoq, selamber amek henfon aku, tetiba cakap " hello snow white, bila nak sampai nih? kenapa lambat sgt..dah lama kakak tunggu"....perghhh..besfren snow white weh...ko mampu! hahahah..eh melalut lg aku nih...oh btw, nih lah best fren snow white itewwww ........










Ok, back to d main topic,aku asalnya dari alor star kedah..of kos loghat kedah aku x hilang,..kawen dgn org puchong..loghat mstila x sama..nuha nih pulak banyak habiskan masa dgn aku sbb baba dia bz amattttttt..tp dia manja lg dgn baba dia..sbb katanya mama garang sgt..(mstila garang dah kalo kamu tu susah sgt nak dgr cakap kan..huhu)..baba pulak x pernah nak marah anak2 sbb anak2 x sempat nak buat perangai sebenar depa depan baba..sbb baba bukannya selalu dok lama2 dgn depa..aku nih la yg 24 jam mengadap depa..konfem2 la jd monster bila dh xlarat melayan kan..huhu..so si nuha nih kalo dgn aku dia akn ckp versi utara..tp bila dgn baba dia akan switch jd org key hell..cthnya bila nak minta air ngn aku dia akan cakap, "mama, nak ayaq." tp bila dgn baba dia akan ckp, "baba, nak air"...(nampak dak kat ctu cm ala2 lembut cakap dgn baba..tp dgn mama cam ala2 nak cari gaduh).hahahha
kalau nak makan biskut, dengan aku dia akan ckp "mama, nak roti" (biskut)..(org utara nih dia main taram semua..biskut pon consider roti)..kihkih
tp bila dgn baba dia akan ckp " baba..kakak nak biskut"...aisehhh nuha...key hell sgt u nih..hahahah..byk lagi la contoh2 yg nuha nih nmpak mcm terror la nak hadap dgn loghat mama n baba..dia akn switch bila perlu.hohoho..

Tp tengahhari tadi telah berlaku satu kejadian yang menunjukkan otak nuha belom cukup terror nk handle loghat dan keadaan dgn baik..kihkih..ceritanya bermula masa kami keluar nak cari barang dapur..time nak balik tu nuha nih dok la kat seat depan dgn baba (kata anak manja baba kan..haruslah dok sebelah baba.huh).. pastu dia berdiri atas kerusi sambil pakai kasut..kebetulan tingkap kereta tgh buka sbb nak keluarkan haba panas sebelom start jalan..baba pon cakap kat dia.."kakak ..buka kasut tu..nanti kotor kerusi"..aku pulak nak mentaukidkan lagi suruhan baba wat la ayat tambahan " kakak, buang kasut tu..satg kotoq seat" ..tetiba, nuha buka kasut dia dan buang keluar kot tingkap tanpa rasa bersalah atau menyesal..--**krikk..krikk** (bunyi cengkeriki)
nampak dak situasi kat situ nuha x faham apa yang aku cuba suruh dia buat..aku maksudkan "buang kasut tu" (buka la kasut tu) bukan suruh lempaq buang keluaq" ..nampaknya , nuha masih belum dapat mnyesuaikan diri dgn loghat mama..nanti mama tune kamu balik ya kakak nuha..kesian kamu..hahhaha..

Tu lah sikit sebanyak cerita pasal anak dara aku tu..:) ,ok selesai dah cerita pasal anak..(rasa lapang sikit otak boleh merepek)..hoho..nih aku nak balas inbox dgn PM mereka2 yang nak beli baju n vitamin dari aku nih..sesapa yang berminat nak dapatkan makanan kesihatan Herbalife & Vitamin2 Shaklee dari aku, boleh inbox @ pm aku di 012 469 6698..kalau nak tgk koleksi baju, boleh ke FB Page - Nuha Hijab Collections -.. aku akan cuba bls pm n inbox secepat yg aku mampu la...ok semua..tq n daaaaaa :)

Tuesday, 10 December 2013

ESP by Shaklee -manfaat dan kebaikannya


Ini adalah gambar makanan tambahan protin berasaskan kacang soya :)
Protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada  kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energising Soy Protein) dihasilkan daripada 3kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
Energising Soy Protien dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda.
Sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39.
Satu hidangan ESP shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat Utama
Awet muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain -lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kpd awet muda.

~ Baik untuk hormon- Kacang Soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoprosis dan sakit jantung.

~ Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada Sel kanser. Ia juga sgt baik dlm pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.

~ Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

~ Pembekal Tenaga- Membekal tenaga dgn segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik utk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

~ Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut spt beruban dan rambut guggur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan & kesan tua.

~ Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

Kepada yang berminat utk menaik taraf sistem kesihatan anda pada tahap yg lebib lebih lebih baik, boleh PM sy ye :)

-REHAH-
012-4696698

Thursday, 5 December 2013

Minyak Ikan a.k.a OMEGA GUARD Shaklee


Minyak ikan shaklee di kenali sebagai omega guard dan ia adalah minyak ikan yang terbaik di dunia.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan air laut sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukanlah dari hati  minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Manfaat Utama :

~Berkemampuan utk mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
~Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Disebabkan itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
~Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
~Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2- mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
~Menentang cancer (paru-paru, payudara, prostat dan kolon)
~Memelihara fungsi-fungsi sendi.
~Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Bagi yang ingin menjaga kesihatan dan mencegah penyakit2 berikut, boleh la try omege guard nih..byk sgt manfaatnya..dengan izin Allah pasti berhasil. Meh pm sy utk order :)

REHAH
012 469 6698 :)

Wednesday, 4 December 2013

Herb-Lax Shaklee (solusi untuk mereka yang susah nak beri-beri :) )






Herb-Lax

Herb lax ni adalah salah satu produk shaklee yang sentiasa di cari oleh pengguna tegar shaklee yang ingin menurunkan berat badan.. Ini disebabkan herb lax ni bertindak seperti julap yang akan mencuci usus dan memudahkan penggunanya untuk ke toilet :)

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi -- Alfafa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Fungsi utama Herb Lax
-Pembersihan najis yang tersekat
-Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
-Membantu masalah sembelit.
-Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
-Mengempiskan perut.
-Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Ia sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

So people, lets clean our bowel! hihih
Jom order sekarang dan rasai kegembiraan bila anda tidak lagi sembilit! hihii

-rehah-
SID
012 469 6698

Wednesday, 20 November 2013

Vita Lea Shaklee dan khasiat-2nya yg kebaboomm!



  • Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
  • Pada mulanya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah.
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman.
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

pada sapa2 yg berminat nak consume vita lea @ vitamin yg lain boleh contact iolls ye--konsultasi percuma :)
-Rehah-
012 4696698.
tq n xoxo :)

Saturday, 16 November 2013

braces a.k.a pagar besi di gigi :)

Sendu betoi rs hujan2 cmni..boring xtau nak watpa..meh ak nak story psl kejadian aku dgn braces..hakhak..dh lama aku bercita2 nak pakai braces nih..kesnya sbb gg aku xberapa nak jelita mcm gigi maya karin (hak tuihh.hahhaa)..sejak dri sekolah menengah ak simpan cita2 nih..patut la org selalu kata hidup kena ada cita2 dan angan2...o yeahh..


 Nih la rupa paras gg arnab aku--kuikui.walaupon gambar jauh, tp ttp leh nampak "kedepanan" gg arnab aku tu kan..sobsob//:(    .yg bawah nih pulak gambar gg idaman aku..hahha


                                               
                         lawa oiiiiiiii!! aku mmg bercita2 nak ada senyuman semanis dia nih..hahhahaha


Masa sekolah nak buat braces, tp x mampu nak wat kat klinik swasta sbb xdak duit sendiri lagi,,.xkan nak nyusahkan mak ayah..so, impian aku pon membesarla dgn peredaran masa..huhu..dah masuk uia ak masih punya impian yg sama..cuma x berapa nk over sgt la..dah keja jadi loyer terus impian aku terkubur..aku pon xtau knp..tp masa jd loyer tu ak x tergerak hati langsung nak pakai braces..mungkin ak rs x konfiden kot nak bercakap dgn judge dgn besi penuh di gg..hoho..impian aku nih bersemarak kembali stlh aku berkahwin dan punya 2 org ank.
Sebenarnya, laki ak xpnh kisah pon psl gg aku yg x tersusun dan gg arnab ke depan nih.tp aku yg kesah sbb gg laki ak cantik oii. tersusun kemas ja..pastu satu lagi aku x tahan sbb laki aku tukar lagu halimah jonggang tu jadi farihah jonggang! kojaq sgt keadaannya di situ.hahha..niat dia nak melawak, tpi aku yg mkn dalam..haha.. huhu..lebih setahun aku dok google klinik n pro n con pakai braces nih, tetiba ja aku nekad..husband aku macam x setuju ja stp kali aku bgtau aku nak wat braces nih..tp lama2 dia mcm tgk ak cm nekad sgt..so trpaksa lah redho..(tu la...sapa suruh tukar lagu halimah jonggang jd farihah jonggang kan)..huh..
Aku kol satu klinik kat kajang..nextweek p jmp dentist utk wat appointment, dentist soh balik dlu sbb kna wat next appointmnt..tp di sebabkan sifat semulajadi aku yg mmg jenis x sabar..aku mintak kat dentist nak wat haritu jugak..

Maka bermulalah dunia aku dgn gg besi..doktor ckp xpayah cabut dulu gg aku sbb doc ckp try pakai dulu sebulan tgk pergerakan gg..ada la sbb2 yg ak x amek port sgt doc bgtau ak x payah cabut..yg aku tau ak nak gg aku jd lawa..so cabut ka x cabut ka..mmg ak no hal..
hari pertama memakai braes--- aku rs x la sakit sgt mcm yg slalu "bracesian" war2 kan..hahah.rs sengal2 kat pp tu mmg ada..tp first day tu aku still lg boleh mkn nasi arab..
2nd day aku rs sengal lagi-aku makan nasi ngn sup perut ..(see...x sakit sgt lah :))
3rd day ak dah mula leh sesuaikan diri..o yeahhh

2nd month- doc cek progress gg aku..dia cakap kna cabut...2 ats 2 bawah.di sebabkan dh nak ramadhan, dlm masa seminggu aku kna cabut 4 batang gg sebelom start puasa..lps cabut gg tu, hri first n second ms nak buka puasa tu hazab la jugak..tp aku still leh mkn udang galah bagai..maksudnya x sakit sgt lah kan..hahaha

Now, ak dah berbraces selama 5-6 bulan..doc cakap tempoh pemakaian aku adalah selama setahun setengah ke 2 tahun..huhu..x sabar gila oii nak tggu gg jd cantik dan tersusun..oh btw sebelom aku lupa, disebabkan aku pakai braces dikala umur aku dah 30tahun, so aku memerlukan kalsium n vitamin yg cukup dalam badan..aku amalkan vitamin c, b complex, vitamin E (shaklee) dan shake formula 1 (herbalife) as breakfast aku..so, aku cukup nutrisi la badan aku nih..pergerakan gg aku nih pon aku rs cepat ja..mungkin gizi2 seimbang yg terdapat dlm badan aku nih kot yg membantu..:)

                                             


                                        
Nih la keadaan gigi n rupa paras aku sekarang stlh 5-6 bulan pakai braces..kdg2 konfiden nak senyum..kadang x konfiden..hoho

Kat sini aku bg info2 pasal braces nih::
1) aku buat kat klinik pergigian di kajang-rm3800 utk braces sahaja ( x termasuk x-ray, cabut gg n kos2 yg lain) tp aku rs murah gak la klinik nih nak compare dgn tmpat lain..ngeri ja dgr hrg..hahhaa
2) tempoh pemakaian 1 1/2 - 2 tahun) depend la tahap kekronikan gg korang.
3) every month kena g check up n tukar kaler getah..(n stp bulan jugak aku pening getah kaler apa yg aku nak pakai..haha)
4) kena rajin berus gg lps makan..boleh ja kalo mls nak berus pon..tp mampukah bertahan kalo rs nasi melekat kat besi2 tu smua..rs cm mulut penuh ja.nk brcakap pon x konfiden
5) tahap kesakitan- biasa ja bg aku..sakit sengal tu masa hari first n second ja..lps tu dah okay.
6) ahli baru dlm mulut aku adalah ulser...tp xdak la slalu..sebulan sekali ja dia singgah..kalo nk bg ulser hilang cpt, rajin2 la kumur listrine..mmg cpt ja hlgnya..

So, kpd sapa2 yg rasa perlu n teringin nak pakai braces tu.. p ja buat..x payah fikir byk kali..bukan sakit mana pon..lagi lambat buat, lagi tggi weh kos dia..la nih dh la semua hrg barang naik..silap haribulan, pakai braces pon kna caj GST oii..hahhahaa..so, p wat cpt oiii..

Thursday, 14 November 2013

VIVIX Shaklee- jom berkenalan dgn vivix dan khasiatnya yg super power



Vivix~~

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.
Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?

Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah.

Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser

  Alternatif terbaik bagi menggantikan wain adalah dengan mendapatkan vixix..Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Vivix ini dapat  membantu memuulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein AGE-advanced glycation end products. protein AGE yg berlebihan ni bole menganggu keutuhan sel, membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, dan utk kesihatan overall.

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi,
#DIABETES
#ARTHRITIS
#GOUT
#PENYAKIT2KARDIOVASKULAR
#KANSER
#TEKANAN DARAH TINGGI
#OBESITI
#NYANYUK
#OSTEOPHOROSIS
#PENYAKIT2 MATA SEPERTI KATARAK & GLAUKOMA
#SLE auto immune
#KERAP DEMAM

dan macam-macam lagi.

Org yg sihat juga sangat disarankan mengambil suplimen vivix ini sbg perlindungan sistem ketahanan badan.

Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas. Maksudnya vivix membantu melambatkan proses penuaan sel2 badan.. dimana sel2 yg sihat penting utk sistem ketahanan badan.

VIVIX BUY 6 FREE 1..promotion for this month.. hanya dari 1 NOV - 30 NOV ye 



boleh contact saya
-REHAH- 012 469 6698
ahli berdaftar Shaklee

Friday, 8 November 2013

Set vitamin utk kecantikan kulit by Shaklee

Mula-mula aku makan vitamin shaklee just sbb terpengaruh dgn cakap2 sepupu yg mngatakan vitamin nih boleh bg kulit jadi mulus putih gebu bagai..masa tu taun lps zaman org pompuan yg obses dgn kecantikan nih dok menggila mkn rumpai laut (aku pon salah sorangnya lah) hahaha..lps google sana sini n discussion yg makan hari ngn kezen aku tu..dia pon syorkan aku ambil vitamin shaklee..(oh btw, aku mkn rumpai laut tu sat ja sbb aku mls nak msk sampai berjam2 plus dgn bau dia yg aku xbapa nak boleh blah bau nya)..

Bulan pertama aku makan vita C shaklee nih alhamdulillah kesannya agak mengembangkan hati aku..sebagai penghidap ekzema tegar (aku amatlah alergik kpd sabun2 yang ala2 tajam sikit dan bila aku siang ikan, ayam n seafood, makan apatah lg kan.).jari2 aku nih akan mula mengembang melebihi bentuk asal masa mula2 laki aku boh cincin dulu..huhuhu..bila aku pegang ja aym dan kwn2nya itu, jari2 aku nih akn bertukar mnjadi spt sesungut sotong...ya...mmg menggelikan siap ada ayaq bisa penuh di stp ruas jari..dgn gatal lg..kdg tu bila aku bangun tidur sedar2 ja jari dh merah sbb aku menggaru dlm tidur n ayaq bisa smua tu dh pecah..so, berbalik kpd penggunaan vitamin shaklee nih, aku mkn bcomplex n vita c lps bekfes n vita e sblom tdoq..alhamdulillah dgn izin Allah, .aku baru mkn sebulan ja..matlamat asal mkn vitaamin shaklee nih nak bagi kulit cm artis tp aku siap dapat pakej ekzema aku berkurangan..(kulit cm artis tu aku xlah dpt sgt lg.tp nampakla perubahan..hihih)
ekzema aku nih dh berkurangan dengan byknya..kalo mengikut percent aku bg 80% dh kurang.

Disebabkan keberkesanan vitamin nih aku pon sign up la as shaklee distributor..so, sekarang di samping bisness baju muslimah online aku, aku juga telah bergelar Shaklee Distributor...ngee..pada sesapa yang menghadapi masalah kulit or apa2 ja penyakit (inshaAllah ada penawarnya) boleh la contact aku..aku bagi harga d best punya..nk buat bisness dgn shaklee pon boleh..alhamdulillah pulangan lumayan bg yg rajin berusaha..itu janji Allah..so, korang2 yg nak try vitamin shaklee nih jgn segan silu contact aku k..
-rehah- 012 4696698
:))

kat atas tu gambar vitamin C tuh, nih kat bawah aku letak set utk mereka2 yang nak berdiet..ada juga..sayangilah badan anda..jika tidak anda yang menyayangi badan anda, siapa lg kan..huhu


 

Copyright © 2014 | sihat itu indah | Designed by Cik Bulat