Total Pageviews

Followers

Thursday, 19 December 2013

B-Complex by Shaklee- khasiat dan kelebihannya




B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 
Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebrang lelehan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.
Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.

Manfaat Utama:

~Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

~Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

~Membantu tumbesaran - Meggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

~Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

~Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus.

~Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat @ laut.

~Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

~Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

~Detoksifikasi - meredakan alahan

Bagaimana memilih B-Kompleks yg baik?

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama) 

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1,B2,B3 dan B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B-komples yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)


berminat utk dapatkan B-kompleks nih??
boleh PM sy ye
-rehah- 
012 469 6698

Sunday, 15 December 2013

Kecelaruan loghat yg di hadapi oleh Nur Farhani Nuha Bt Mohammad Fahmi :)


Salam semua..weekend nih mesti semua pon sibuk mengeluarkan diri dari rumah kan..aku ja yang dok dalam rumah weekend cenggini di sebabkan kesibukan Fahmi Khairall...x pa la..keluaq cari rezeki..selagi x buat maksiat aku redha kan..kalau buat maksiat sendiri mau ingat la...(kita jumpa kat akhirat nanti) kihkihkih- just joking abg..i love u more n more everyday :)) (iklan sat)

Harini aku xmau cerita pasal vitamin n segala makanan kesihatan yang aku makan..harini ak nak cerita pasal anak dara aku nih haaa.. Nur farhani nuha nama di beri..suka berangan budak nih..aku nak kena setting lain kepala n nak kena tarbiyah dia semula..banyak sangat tgk disney channel kot,..sampai terbawa2 dgn segala karakter princess by disney..huhu..salah aku la jugak kot sbb layan kan sgt..sob sob..semalam sebelom tdoq, selamber amek henfon aku, tetiba cakap " hello snow white, bila nak sampai nih? kenapa lambat sgt..dah lama kakak tunggu"....perghhh..besfren snow white weh...ko mampu! hahahah..eh melalut lg aku nih...oh btw, nih lah best fren snow white itewwww ........










Ok, back to d main topic,aku asalnya dari alor star kedah..of kos loghat kedah aku x hilang,..kawen dgn org puchong..loghat mstila x sama..nuha nih pulak banyak habiskan masa dgn aku sbb baba dia bz amattttttt..tp dia manja lg dgn baba dia..sbb katanya mama garang sgt..(mstila garang dah kalo kamu tu susah sgt nak dgr cakap kan..huhu)..baba pulak x pernah nak marah anak2 sbb anak2 x sempat nak buat perangai sebenar depa depan baba..sbb baba bukannya selalu dok lama2 dgn depa..aku nih la yg 24 jam mengadap depa..konfem2 la jd monster bila dh xlarat melayan kan..huhu..so si nuha nih kalo dgn aku dia akn ckp versi utara..tp bila dgn baba dia akan switch jd org key hell..cthnya bila nak minta air ngn aku dia akan cakap, "mama, nak ayaq." tp bila dgn baba dia akan ckp, "baba, nak air"...(nampak dak kat ctu cm ala2 lembut cakap dgn baba..tp dgn mama cam ala2 nak cari gaduh).hahahha
kalau nak makan biskut, dengan aku dia akan ckp "mama, nak roti" (biskut)..(org utara nih dia main taram semua..biskut pon consider roti)..kihkih
tp bila dgn baba dia akan ckp " baba..kakak nak biskut"...aisehhh nuha...key hell sgt u nih..hahahah..byk lagi la contoh2 yg nuha nih nmpak mcm terror la nak hadap dgn loghat mama n baba..dia akn switch bila perlu.hohoho..

Tp tengahhari tadi telah berlaku satu kejadian yang menunjukkan otak nuha belom cukup terror nk handle loghat dan keadaan dgn baik..kihkih..ceritanya bermula masa kami keluar nak cari barang dapur..time nak balik tu nuha nih dok la kat seat depan dgn baba (kata anak manja baba kan..haruslah dok sebelah baba.huh).. pastu dia berdiri atas kerusi sambil pakai kasut..kebetulan tingkap kereta tgh buka sbb nak keluarkan haba panas sebelom start jalan..baba pon cakap kat dia.."kakak ..buka kasut tu..nanti kotor kerusi"..aku pulak nak mentaukidkan lagi suruhan baba wat la ayat tambahan " kakak, buang kasut tu..satg kotoq seat" ..tetiba, nuha buka kasut dia dan buang keluar kot tingkap tanpa rasa bersalah atau menyesal..--**krikk..krikk** (bunyi cengkeriki)
nampak dak situasi kat situ nuha x faham apa yang aku cuba suruh dia buat..aku maksudkan "buang kasut tu" (buka la kasut tu) bukan suruh lempaq buang keluaq" ..nampaknya , nuha masih belum dapat mnyesuaikan diri dgn loghat mama..nanti mama tune kamu balik ya kakak nuha..kesian kamu..hahhaha..

Tu lah sikit sebanyak cerita pasal anak dara aku tu..:) ,ok selesai dah cerita pasal anak..(rasa lapang sikit otak boleh merepek)..hoho..nih aku nak balas inbox dgn PM mereka2 yang nak beli baju n vitamin dari aku nih..sesapa yang berminat nak dapatkan makanan kesihatan Herbalife & Vitamin2 Shaklee dari aku, boleh inbox @ pm aku di 012 469 6698..kalau nak tgk koleksi baju, boleh ke FB Page - Nuha Hijab Collections -.. aku akan cuba bls pm n inbox secepat yg aku mampu la...ok semua..tq n daaaaaa :)

Tuesday, 10 December 2013

ESP by Shaklee -manfaat dan kebaikannya


Ini adalah gambar makanan tambahan protin berasaskan kacang soya :)
Protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada  kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energising Soy Protein) dihasilkan daripada 3kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
Energising Soy Protien dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda.
Sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39.
Satu hidangan ESP shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat Utama
Awet muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain -lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kpd awet muda.

~ Baik untuk hormon- Kacang Soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoprosis dan sakit jantung.

~ Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada Sel kanser. Ia juga sgt baik dlm pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.

~ Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

~ Pembekal Tenaga- Membekal tenaga dgn segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik utk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

~ Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut spt beruban dan rambut guggur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan & kesan tua.

~ Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

Kepada yang berminat utk menaik taraf sistem kesihatan anda pada tahap yg lebib lebih lebih baik, boleh PM sy ye :)

-REHAH-
012-4696698

Thursday, 5 December 2013

Minyak Ikan a.k.a OMEGA GUARD Shaklee


Minyak ikan shaklee di kenali sebagai omega guard dan ia adalah minyak ikan yang terbaik di dunia.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan air laut sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukanlah dari hati  minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Manfaat Utama :

~Berkemampuan utk mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
~Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Disebabkan itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
~Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
~Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2- mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
~Menentang cancer (paru-paru, payudara, prostat dan kolon)
~Memelihara fungsi-fungsi sendi.
~Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Bagi yang ingin menjaga kesihatan dan mencegah penyakit2 berikut, boleh la try omege guard nih..byk sgt manfaatnya..dengan izin Allah pasti berhasil. Meh pm sy utk order :)

REHAH
012 469 6698 :)

Wednesday, 4 December 2013

Herb-Lax Shaklee (solusi untuk mereka yang susah nak beri-beri :) )






Herb-Lax

Herb lax ni adalah salah satu produk shaklee yang sentiasa di cari oleh pengguna tegar shaklee yang ingin menurunkan berat badan.. Ini disebabkan herb lax ni bertindak seperti julap yang akan mencuci usus dan memudahkan penggunanya untuk ke toilet :)

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi -- Alfafa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Fungsi utama Herb Lax
-Pembersihan najis yang tersekat
-Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
-Membantu masalah sembelit.
-Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
-Mengempiskan perut.
-Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Ia sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

So people, lets clean our bowel! hihih
Jom order sekarang dan rasai kegembiraan bila anda tidak lagi sembilit! hihii

-rehah-
SID
012 469 6698
 

Copyright © 2014 | sihat itu indah | Designed by Cik Bulat